AsSalamu-alaikum wbt, Selamat Sejahtera & Salam Perkenalan untuk semua....
Selamat bertemu & terima kasih kerana sudi bertamu diruangan sempit namun tidak bersempadan ini. Saya hanyalah seorang insan kerdil yang baru memunculkan diri kealam siber yang dipenuhi berbagai warna, rasa dan cita, pastinya belum biasa dengan suasana persekitarannya. Dengan rasa rendah hati mengharapkan teguran dari teman-teman sebagai peringatan untuk membetulkan kesilapan diri, menuntut petunjuk agar dapat dijadikan panduan melangkah maju kehadapan dan menagih keihklasan sesama insan agar kualiti sebenar kehidupan kita semakin diberkati Tuhan.
Kehadiran saya kesini pastinya membawa bersama seribu satu ilham yang ingin dihuraikan sebagai suatu pendapat yang bukan sekadar menyatakan rasa malah pastinya mengharap faham dari sesaorang yang bersedia untuk memikirkan. Andai ada terselisih faham, tidak perlulah bermuka masam, tariklah nafas dalam-dalam, apa yang perlu fikirkanlah lebih mendalam.
Akhir kata sejuta harapan diharapkan dari kalian, semoga hendaknya diantara kita biar pun mungkin tidak sekata namun tiada ujud sengketa, kerana apa yang penting? KERJA..SAMA...
Terima kasih & semoga bertemu lagi,
Dari saya NASZERI SAIN a.k.a Ayop Urut KL.
Sunday, April 12, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)
